Followers

Tuesday, March 22, 2011

Perfect Day..!!

Sakit hati pabila nama aq disenarai pendek untuk ditukarkan tempat kerja.Panas hati,ingin memberontak bercampur baur di dalam diri ini.Terasa hendak maki pada orang yang mengatur pertukaran aq nie.Tetapi Allah itu tahu untuk mengubati hati hambanya yang sakit dek pertukaran tempat kerja ini.Pada jam 6ptg.Aq terima interkom dr supervisor ku yang mana tmpt lama aq bekerja memerlukan pekerja dalam kadar segera.Itulah manusia.Tak kala dperlukan,kita dicari.Apabila tidak diperlukan.Kita dibuang begitu saja.Tetapi aq redha.Kerana aq ingin berjumpa dengan teman-temanku disana.Kehadiran aq disana disambut dengan tangan terbuka.Tidak ku sangka pemergian aq ini cukup terasa bagi mereka.Aq cuma insan biasa yang tiada keistimewaan dalam diri ini.Aq ingat itu lah penawar yang ingin Allah berikan padaku.Sangkaan aq salah kerana Allah ingin ketemukan aq dengan seseorang yang tidak pernah ku duga akan berjumpa."Terima kasih,terima kasih...Hati kecil ku berkata."Eh..user nie macam aq kenal..Mustahil lah..Nama dia samala.."".Terima kasih.."sambil melemparkan senyuman,,Senyuman aq juge turut dibalas..Terdetik di hatiku.."tak sombong orang melayu nie walaupun berkerata besar.." "Padan la anak dia mengikut..Rupa pun iras ibunya."Walaupun sudah lama aq xmenatap wajah orang yang aq sayangi,tapi aq yakin wanita yang berada di depan aq ini ialah ibu kepada sesorang yang sangat aq sayangi.Kerana rupa mereka saling tak tumpah.Kereta wanita itu berlalu pergi..Tapi saat itu tidak pun berlalu pergi di fikiran ku seperti mana kereta itu berlau pergi meninggalkan ku..Itulah saat yang tidak pernah ku duga dalam hidupku walaupun aq tahu.Aq tak mungkin dapat memiliki anak mu..Kerana aq sedar siapalah aq.Aq cuma insan biasa yang tidak punya apa-apa.Apa yang pasti.Aq gembira mengenalimu,mendengar kisah suka duka mu,serta mendalami perasaan mu walaupun kita cuma sahabat seperti yang kau mahu..Luv U my.......let my heart says it because you not comfortable with that wOrds...smile always..kebahagian mu,kebahagian ku jua..^_^

Friday, March 4, 2011

adakah dia??

Sedang leka bekerja,aq terpesona melihat seseorang.Wajahnya seperti kenalan rapatku.Terdetik di hati ini untuk bertanyakan nama.Tp......Aq xmmpu untuk berbuat demikian.Aq rse dia orang yang sama yang pernah aq lihat.Kelembutan,keayuan sudah terpampang dari raut wajahnya.Aq kagum melihat gadis tersebut.Dahulu aq tidak menyukai gadis yang memliki wajah seirasnya yg pernah jadi juniorku di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur.Gelagat gadis 2 membuat aq meluat.Terlalu ramai lelaki yang dia inginkan.Berkawan,semua nak yang hot2.Orang biasa2 nie senyum.Jangan harap nak dibalas dengan senyuman.Kalau senyuman tidak dibalas pada mulanya pertemuan,apatah lagi hendak disampaikan salam perkenalan.Tp usia telah mematangkan seseorang.Aq yakin dengan kenyataan itu.Dan...Aq tertanya-tanya..Adakah dia gadis yang sama aq kenal sewaktu di zaman persekolahanku??

Thursday, March 3, 2011

coretan pertama....

assalamualaikum...
alhamdulillah akhirnya aq mpunyai blog sendri...
tiada apa yang dapat aq perkatakan untuk coretan pertamaku..
insan biasa..title yang bermakna bagiku..mengajar aq erti tiada seorang manusia pun didunia ini yang sempurna..."insan biasa" bagaikan penyuntik semangatku tak kala aq hilang arah...mudah-mudahan,aq dapat meneruskan coretanku di dalam blog ini dan bukannya sekadar "hangat-hangat tahi ayam"..
sekian,terakhir dariku...
wassalam...