Semuanya bermula waktu kedatangan aq di sekolah yang banyak meninggalkan kenangan iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI.Kedatangan aq ini bermula dengan text dari seorang junior pengawas.Budak ini pula aktif dalam badan beruniform KRS.Dia bercerita tentang latihan kawad yang sedang mereka jalani.Jadi aq teruja.Kalau korang semua nak tahu.Aq paling suka kawad.Dulu aq ketua pengakap dekat sekolah lama.Dari tingkatan 2 hinggala tingkatan 4..Aq berjaya menjadi ketua kOntinjen bagi pasukan gabungan pengakap+pandu puteri sewaktu perbarisan sukan tahunan 2007 di Stadium Selayang.Waktu itu aq berada di tingkatan 4.Disebabkan aq merupakan ketua pengakap,aq diberi penghormatan oleh ketua pasukan pandu puteri untuk mengemudi pasukan ganbungan tersebut.Dan akhirnya pasukan aq mendapat johan.Itulah detik kenangan yang tidak dapat aq lupakan kerna aq sendiri mengemudi pasukan tersebut.
Ini pasukan pengakap aq..^_^
Yang nie pula partner kami..Pandu Puteri..^_^
Inilah hasilnya bila kami digabungkan...Aq mmg tak ada dalam gamba sebab aq tukang captured..sebab seminggu selepas sukan aq berpindah...
Tetapi ini semua tinggal kenangan.Aq kehilangan semuanya selepas aq berpindah di SMKSB..
2011..Selepas empat tahun aq kehilangan pasukan yang banyak meninggalkan kenangan.Allah telah menghadiahkan aq sebuah lagi pasukan pada aq.Cuma kali ini agak berbeza dari sebelumnya.Kerana aq dah tak boleh menyertainya.Oleh sebab itu.Aq menjadi tenaga pengajar.Bukan untuk pasukan pengakap,tetapi KRS yang mana pernah menjadi musuh tradisiku sewaktu aq menjadi pengakap.^_^
Pasukan yang aq maksudkan ialah pasukan Kecipak Kecipung (Karipap Ke Tepung)
http://www.facebook.com/groups/138601399549120?ap=1..2 la link group nya.Hebat tak.Siap buat group lagi.Semua terjadi kerana ada kisah disebaliknya.Thanx pada ayu a.k.a alien yang create this group.Kisah ini bermula apabila kedatangan aq di sekolah pada petang jumaat.Aq tengok rutin kawad mereka amatlah membosankan.Kemudian aq disapa oleh cikgu KRS baru yang agak asing bagiku.Asing bukan sebab dia mahkluk asing.Dia cikgu baru.kih3.Aq siap komplain kat cikgu 2..Kalau macam ni la gaya kawadnya..Memang no.2 lagi la jawabnya..Aq un suggest kt cikgu untuk buat kawad berirama.Aq sebenarnya main petik jep pasal kawad berirama ni.Basic pun aq tak da.haha..2 la..gatai sangat mulut ni.Cikgu setuju.Ohhh gOsshh!!Kemudian aq tanya la budak2.Aq yakin yang budak2 ni tak nak punya.Semua majoriti prempuan ala2 perempuan melayu terakhir la kata kO!!kih3.Sekali semua setuju dengan azam nak kalahkan Kadet Polis.Mati aq balik kena study pasal kawad berirama.
Sabtu,keesokkan harinya.Aq tengok budak2 nie semua bersemangat untuk latihan kawad yang tak pernah dorang semua bayangkan.Aq pun mulakan dengan step pertama.Ya Allah!!!Hanya Allah jep tahu betapa malunya aq nak tunjuk step depan dorang semua..Inilah pertama kali aq menari depan budak2 perempuan.Dorang sengih2 jep..Kurang asam tol.Tapi aq tak kesah..Sebab dorang kena buat lepas aq buat..hahaha..Padan muka.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepangjang sesi latihan kawad berirama walaupun 3 fomasi aq tolak mentah2 dalam mse kurg dari 1/2 jam..Masa 2 fomasi dalam otak aq nie mencurah..Itu yang 3 fomasi kena tolak mentah2..Kecian aq tengok dorang.Da hafal step,sekali aq kata lupakan step itu semua.Muka gembira jep dorang.hahaha...
Isnin..Sehari sebelum bertanding..Aq meninjau sejauh mana kemajuan mereka semua selepas berlath kurg dr 24 jam..Mereka semua segak bergaya memakai uniform penuh.Cuma ada segelintir jepla yang xde uniform lengkap.Ini aq sertakan gambo sehari sebelum pertandingan..Bukan pertandingan apa pun.Just perbarisan sempena sukan tahunan...=)
Segak kan mereka semua...^_^
Aq berpuas hati dengan peningkatan mereka pada hari itu.Dengan harapan waktu hari sukan tersebut.Mereka semua dapat melakukan dengan lebih baik.Susah untuk kita jumpa sebuah pasukan yang mampu melakukan kawad berirama sebaik itu yang mana latihannya kurang dari 24 jam..Abg bangga dengan korang semua..
Hari penentunya.Kami melangkah masuk ke stadium dengan bacaan doa yang dibacakan oleh cikgu Zaim selaku guru KRS.Ini adalah pertama kali.Sebelum ini tiada ketua yang ingin memulakan bacaan doa.Tapi kali ini,aq meminta cikgu untuk mengetui bacaan doa agar apa yang aq dan budak2 kecipak lakukan selama ini akan diberkati oleh Allah S.W.T.Bukan hendak menunjuk yang kami pasukan yang alim.Tapi memohon pada yang maha esa agar semunya berjalan denga lancar.
Kami semua diuji apabila lagu yang bakal mengiringi kami tidak dapat di mainkan.Aq mula bimbang.Anak2 didikku bagaikan hilang semangat apabila mengetahui lagu tak dapat dimainkan.Mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan setelah sampai di grand stand stadium.Alhamdulillah..Allah sememangnya ingin menguji hamba yang dikasihinya apabila lagu yang bakal mengiringi kami dapat dimainkan..Syukur yang tak terkata.
Tiba masa pasukan KRS lintas hormat di hadapan para tetamu.Lagu siren diputarkan sebagai tanda KRS akan melintas hormat.Aq telah bsiap siaga dengan kamera kesayanganku untuk merakam detik2 indah yang mana sejarah akan tercatat pada hari tersebut.Kecipak Kecipung telah memecah tradisi yang kami senior2 tidak mampu lakukan selama ini..Syabas!!Paling membanggakan aq apabila gerak geri kawad berirama yang dipersembahkan oleh KRS mendapat sorakan dan tepukan yang menggamit satu stadium.Ia bagaikan satu fenomena luar biasa..Aq hanya mampu mengukir senyuman di hadapan pasukan didikan aq.
Akhirnya penantian 2 sememangnya satu penyeksaan.Detik2 yang ditunggu telah tiba.Pengumuman bagi perbarisan sukan tahunan.Aq sering berpesan pada anak didik ku agar tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk menjadi juara.Ini semua bertujuan untuk menyiapkan mereka supaya bersedia menerima apa jua sebarang kemungkinan.Dan akhirnya,kami dinobatkan sebagai JOHAN PERBRISAN SUKAN TAHUNAN 2011..
Seronok tak terkata..Sekali lagi aq berjaya membimbing sebuah pasukan menjadi johan..Ucapan terima kasih bertalu-talu aq terima dari anak2 didikku.Senyuman!!Senyuman itulah balasan dari ucapan terima kasih korang semua pada abang...
Sedih rasanya kerana semuanya akan berakhir selepas kawad.Mereka semua akan berpecah seperti sedia kala.Meraka mungkin tidak lagi akan bersama seperti sesi latihan tempoh hari.Tapi tekaan aq sama sekali salah.Ikatan persahabatan serta jalinan ukhuwah yang terjalin,membuatkan mereka rapat.Sememangnya luar dari sangkaan aq.Kita semua di ibaratkan sepeti sebuah keluarga yang besar..Tidak habis di stadium,kita sambung di facebook..Facebook yang membuatkan kita semua semakin rapat..Kan??^_^
Sewaktu kita mengharapkan suria di pagi hari,Allah telah menurunkan hujan.Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan pelangi yang indah.Dan pelangi yang indah itu ialah Keciapak Kecipung (Karipap ke Tepung).Semoga kenangan yang tecipta akan menjadi kenangan terindah kita bersama,Thanx 2 all kecipak kecipung members kerana menghadiahkan abang sebuah kenangan yang terindah dalam hidup abang...^_^